Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perangilah (berjuanglah) terhadap hawa nafsumu dengan berlapar dan dahaga. Sesungguhnya pahala (bagi amalan) yang demikian adalah seperti pahala orang yang berperang jihad kerana jalan Allah. Sesungguhnya tiada amal yang paling disukai Allah melainkan lapar dan dahaga (berpuasa).”
Menurut riwayat, ada sebuah hadis baginda yang bermaksud bahawa perjuangan memerangi hawa nafsu adalah lebih berat daripada berperang jihad.
Begitulah beratnya perjuangan untuk membanteras keinginan hawa nafsu. Oleh kerana hawa nafsu itu adalah keinginan hati, maka perjuangan untuk membanterasnya bukanlah mudah, atau boleh dilakukan dengan kata-kata sahaja. Ia mesti diusahakan dengan keazaman serta amalan yang bersungguh-sungguh. Sati-satunya amalan yang dapat menundukkan hawa nafsu ialah berpuasa. Puasa dapat melemahkan tenaga serta keinginan seseorang yang berlebihan di samping memberi kesedaran keinsafan akan tujuan hidup yang sebenarnya.
Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada manusia yang dapat mengawal hawa nafsunya dengan balasan syurga di akhirat kelak. Firman-Nya dalam surah an-Naazi’aat ayat 40 dan 41 yang bermaksud:
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri d mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya di Padang Mahsyar), serta ia menahan dirinya daripada menuruti hawa nafsu; maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”
No comments:
Post a Comment