Tuesday, November 8, 2011

~Think first before make a decision~ -_-"

Allah.. T___T

Before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak..

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat..

Before you complain about your friends
Think of someone who's crying out to God for a companion..

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven..

Before you argue about your dirty house; someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets..

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet..

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job..

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker..

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around..

Life is a gift of ALLAH..
LIVE it.. AND FULFILL it..
~ Islamic Reflections ~

Friday, July 1, 2011

TERPERANGKAP DI PUSARA IBU..




" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 
September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa...Din, kau 
tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari 
kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung," di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..Jaimi memulakan ceritanya.
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
"Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu."
Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja!" si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya," Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
"Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis 
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;" kalau abang, boleh,
tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan 
itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu 
jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil 
mengurut dada. Wajahnya berkerut menahansakit.Gadis tersebut
tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk
ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal
dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yangbekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; 
" Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. 
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak 
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat10 orang pun 
tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu." 
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.
"Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis 
berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat 
ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari 
kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti 
dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
"Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
"Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.Si
bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut 
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya 
keluar, juga tidak berhasil.

"Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

"Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. 
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak 
boleh diempang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, 
Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... 
kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
"Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. 
Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak
ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah 
berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celahorang ramai yang sedang bersesak-sesak.Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripadakami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya 
memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.
" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. 
Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu."
Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.Alhamdulillah, setelah 
puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahandan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan 
apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan 
berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. 
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat 
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di 
atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia 
memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; 
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran 
daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon 
keampunan daripada arwah ibunya. 
" Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

"Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil 
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsungtidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida. 
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

"Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, 
lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.Semakinlama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Sayapulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.Setelah 
empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
 
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayatgadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

Thursday, June 16, 2011

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM

Assalamu'alaikum WBT...  (^_^)V
kpd sahabat2 yg dicintai kerana ALLAH TA'ALA...
Marilah kita bersama2 hayati kisah di bwh ini,semoga kita mndpt pengajaran drpd kisah ini... InsyaALLAH...
                       
                        Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

                        Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

                        Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                        "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

                        Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh 
Allah 
tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh 
Nabi Muhammad s.a.w.

SUBHANALLAH... MARILAH KITA SALING BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN DLM MEREBUT KEREDHAAN ALLAH TA'ALA.... INSYAALLAH... ^_^

Tazkirah: Betapa Rugi Tak Sembahyang !!!

Betapa rugi tak sembahyang
Sia-sia masa banyak terbuang
Kita tak sama dengan binatang
Nak Qada' pun bukannya senang..

Betapa rugi tak sembahyang
Macam syaitan bergentayang
Makan minum bergantang-gantang
Tak sedar Malaikat asyik pandang..

Betapa rugi tak sembahyang
Macam unta dengan bayang-bayang
Pikul hingga patah pinggang
Tapi tak baca walau setayang..

Betapa rugi tak sembahyang
Entah-entah mati pada petang
Sekujur badan sebak terlentang
Barulah sesal bukan kepalang..
Betapa rugi tak sembahyang
Dalam kubur kena terajang
Kubur orang lain terang benderang
Rasa malu tak hilang-hilang..

Betapa rugi tak sembahyang
Eloklah mula dari sekarang
Sebelum ajal datang bertandang
Sebelum jasad di tanam orang..


Pesanan: Jangan lupa solat !!!







Tuesday, June 14, 2011

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada sepertiYahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.



Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.



Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim: 


1. 
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
 Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: 
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya? 

3Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
 

4Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. 
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.




"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".


www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau

~Remember ALLAH Always~





ya ALLAH,
andai dia sedang leka dengan nikmat dunia
yang tidak berkesudahan,
ingatkan dia tentang janji-janjiMu
buat hambaMu agar mengisi masanya
di dunia dengan amal ibadah..

ya ALLAH,
andai dia sedang lalai dengan amanah
yang Kau sandarkan di bahunya,
ingatkan dia tentang siksa buat hamba2
yang mengabaikan amanah..
yang bakal ditempuh di neraka..

ya ALLAH,
tetapkan hatinya mencintai kebaikan dan membenci kemaksiatan
berikan dia kesihatan yang baik
agar dapat dia menyumbang tenaga untuk
agama, bangsa dan negara.



Sabda Rasulullah S.A.W,


"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.

Berta'aruf Di Dunia Maya....




“Ukhti, ana tertarik untuk berta’aruf sama anti.” Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain – lain, menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.  Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan. Dalam  Kes ta’aruf ini,  lelaki  dengan sewenang – wenangnya mentafsirkan erti  ta’aruf.
Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, Lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘ta’aruf’, tanpa perantara.  Jangan memaknakan perkataan “ta’aruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara ta’aruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam. Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah?
Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.
“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang lelaki
“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas si perempuan
“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan keperibadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla.. bla.. bla.. bla…” puji lelaki tersebut.
Apakah berakhir sampai di sini sahaja? Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga perempuan gedik, maka berlanjutlah perbualan tersebut, si lelaki bertanya apakah si wanita tersebut  sudah mempunyai calon.
lantas si perempuan tadi menjawab.  “Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan lelaki seperti anta kelak.”
Si lelaki itu juga tidak mahu kalah, memuji kembali perempuan tersebut. “Subhanallah, sangat beruntung lelaki yang mendapat bidadari dunia seperti anti.”

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas. Lelaki dengan takruf membabi buta, perempuan pula terpedaya….  Oh  mengerikan, lebai – lebai  di dunia maya, syaitan tak mahu mensia-nsiakan kesempatan ini. Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan.  Dengan bangganya lelaki tersebut menaburkan janji-janji manis, akan mengajak wanita tersebut hidup di planet marikh, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga hanyut kedua – duanya dalam janji-janji lebai. Subhanallah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.
Wahai lelaki, Jangan Permainkan Ta’aruf!  Muslimah  itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya. Jika mempunyai keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam. Carilah  informasi tentang akhwat melalui pihak ketiga yang boleh dipercayai. Jika maksud ta’aruf kamu untuk melengkapkan  separuh agama mu, silakan. Tetapi prosesnya jangan terkeluar dari jalan Islam.
Sedarilah, orang-orang yang kamu kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya. Waspadalah..
Berhiaslah dengan akhlak Islam, jangan tergedik – gedik kepada lelaki atau perempuan  yang bukan mahram.. Biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu atau isteri kelak. Ta’aruf yang sebenar haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara berkasih – kasih sebelum  akad nikah.


Sumber: Berta'aruf Di Dunia Maya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertaaruf-di-dunia-maya/#ixzz1PI9Xx5SY